Cynic

I

Hari ni aku park kereta dekat open parking, tengah tengah alam walaupun banyak lagi parking berbumbung pagi tadi. Mengharapkan hujan dari awan mencuci kereta yang berselut berdebu. Tapi hujan tak turun pun.

II

Hari ni aku dengar boss naik angin dekat immediate boss aku untuk sebab yang aku tak berapa faham. Tersentap jugak. Hati kurang senang. Rasa macam tak sesuai sahaja di sini. Rasa macam nak pergi tapi tak pergi pun.

Terlalu baru.Terlalu awal untuk memutuskan apa apa keputusan.

III

Sabtu lalu hari Bapa. Hari untuk meraikan bapa, menghargai bapa, memanjakan bapa. Tapi aku tak sambut apa apa pun.

Tak bawa baba ke mana-mana pun. Baba di kampung aku di sini. Nak balik tapi kos perjalanan buat aku fikir dua,tiga,empat kali. Baki yang ada tu ku kumpul kumpul untuk bayar duit kereta dan service. Tapi itu alasan, aku tahu. Sebabnya hari hari sambutan macam sebegini tak pernah kami sambut. Tak ada kek hari jadi, tak ada jamuan makan, tak ada kad.No party. Cuma panggilan telefon dan ucapan. Kami sudah terbiasa begitu dan aku sudah terbiasa begitu juga.

Macam sedih juga . Heartless sangat ke aku ni?Kadang-kadang aku fikir juga kenapa ya? Mama dan baba tidak expressive sebegitu. Dari kecil tak pernah berparty ,berkek atau berhadiah hadiah sakan (tapi bile dapat sekali sekala, best la sangat sangat). Hanya pelukan atau senyuman paling manis berserta ucapan “Happy birthday” paling sarat kasih sayang di pagi hari.Cukup untuk off set benda benda material lain. Sayang kami anak beranak hanya dizahirkan dengan kesediaan masing-masing untuk berada dengan masing-masing. Sacrifice we made for each other and our presence.

Hati jadi sedikit sedap. Walaupun aku boleh bilang dengan jari jari sebelah tangan sahaja semenjak kewujudan aku di muka bumi Tuhan ni berapa biji kek birthday yang aku ada.Tapi tipula kalau aku kata aku tak pernah teringin nak celebrate kan? (aku ni expressive sikit sikit .ahaks!)

IV

Aku memang hendak puasa hari ni. Tak berhenti-henti aku berniat malam semalam sampai terlena. Itu pon selepas cubaan menghabiskan oat berkismis yang aku buat semalam.Salah portion susu dan oats, kenyal sikit hahaha. Itu saja baki susu segar yang ada pon. Jam 7 ok, jam 8 ok, jam 9 ok, jam 10 ok, jam 1030 kepala sudah ada sakit. Tahan, tahan. 11 masih sakit, jalan nampak tinggi rendah, badan sakit sakit. 12 sakit kepala masih belom hilang. Pegang pun sudah sakit. Mula memarahi diri kenapa tangguh tangguh jumpa doktor lagi. Akhirnya dengan penuh kekesalan aku berbuka, makan nasi sikit dan telan dua biji Activefast. Sedih dan kesal sampai ke petang. Hari yang tidak menjadi.

V

Risau memikirkan masa depan. Masa depan kan dekat depan.Tak pasti tak nampak. Maka aku memaksa diri untuk memikirkan hanya tentang sekarang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: